Saturday, 30 June 2012

Final exam

Isnin ni final exam untuk my 1st sem. Tak lama pun. Isnin dengan selasa sebab ada 3 paper je. Lagipun ni short sem bukan long sem tu yang subject pun sikit. Lepas final terus cuti sem ! Yayyy ! :D but tak lama pun. 3 minggu je. Okay lettew kan :3

Actually aku ngah risau pasal final exam ni. Even though subject sikit je, but korang tak tahu 3 subject tu macam mana ! English, Principles of Management and Malaysian Studies. English tu maybe senang bagi korang but bagi aku yang dah lama gila tak speaking ni, dah jadi susah tau. Dulu masa sekolah selalu jugak speaking dengan Adrian. Budak kelas aku 2 tahun lepas. But then aku pindah sekolah kat Rawang. Kat sana tak ada kawan india or cina. Terus stop lah speaking aku tu. Hmm. Principles of Management pulak subject baru. Sebelum ni tak pernah belajar. Subject ni lebih mendalam daripada 2 subject asas yang korang belajar kat sekolah. Perdagangan and Ekonomi Asas. Tengok module yang lecturer bagi pun dah pening kepala. Baca pulak tak masuk apa. Haih susah betul ! Nasib baik soalan senang je. True or false, A B C and short essay. Yang paling risau short essay tu. Selalunya aku tinggal kosong je. Hehe. Malaysian Studies pulak means Sejarah. Ulang balik apa yang dah belajar kat sekolah. Mendalam lebih sikit je. Subject ni senang je just aku ni malas nak membaca. So jadi susahlah. Huhu.

3 tu je subject short sem aku. But nak kene target 2.75 pointer untuk 3 subject tu. Kalau 2 pointer ke bawah aku tak dapat pinjaman PTPTN. Nanti kene bayar sendiri. Aku tanak. Aku tak mampu :( dah lah course aku yang kedua termahal kat college. Haih. Mak pun suruh target 2.50 pointer kat atas. But I'll try my best. Tanak kecewakan mak and ayah. Aku sayang dorang tau ! Huhu. Ye lah parents siapa yang tanak tengok anak dia berjayakan. Semua parents nak anak dia berjaya. Macam tu jugak parents aku.

Hmm apa-apa pun, korang doakan yang terbaik buat aku lah ek. Wish me luck k ! Chaiyok

P/s: thanks again sebab sudi luahkan masa untuk membaca :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#JomGempakKosas

Salam guys. Today is my first day using this blog :3 haha. Harap diampunkanlah segala kekurangan ek. Aku nak story pasal hari karnival yang sekolah lama aku buat hari ni, 30 June 2012. So keep on reading !

Sekolah lama aku, SMK Taman Kosas buat hari karnival setiap 2 tahun. Last sekali sekolah ni buat kalau tak silap aku masa tahun 2010. That time aku form 4. Then sekolah ni buat lagi tahun ni 2012. Yang paling sedih, aku tak dapat pergi sebab mak aku tak bagi balik. 2nd July aku dah final exam untuk sem 1. Mak cakap stay Melaka and study. Masalahnya, aku stay Melaka pun bukannya study. Buang masa jugak. Haha. Dengar cerita hari karnival tahun ni memang gempak. Dorang siap buat hashtag untuk promote hari karnival kat twitter. Yang bestnya, #JomGempakKosas naik trend kat Malaysia ! Tapi sekejap je lah. But at least naik jugakkan :p dengar cerita pun kupon dijual lebih banyak dari yang sebelum ni. Plus, @MegatAD pun datang #JomGempakKosas ! Haha. Seronok ah budak Kosas.

Masa zaman aku dulu, biasa-biasa je carnival ni. Tak adalah segempak #JomGempakKosas yang sekarang ni. Maklumlah dulu mana orang kenal lagi kan apa twitter ni. Huhu. Dulu pun ada rumah hantu jugak. Ha ni yang nak cerita ni. Masa carnival dulu, aku actually kene jaga gerai. Masa tu gerai aku jual aiskrim goreng and float. But aku macam biasa lah. Melesit pergi tempat lain ! Haha. Orang lain jaga gerai aku pergi enjoy :p jalan punya jalan terserempak dengan geng budak perempuan ni. Jeng, Eyin, Almas and entah siapa lagi. Ramai jugaklah. Semua ajak aku masuk rumah hantu tu. Haha. Dorang nak aku teman je. Masa nak masuk tu, ramai gila yang beratur. Terpaksalah tunggu. Then dah dapat masuk, dah lah aku sorang je lelaki -_- yang lain perempuan. Akulah jadi mangsa dorang. Kene peluk ! Haha. Masa ngah jalan dalam rumah hantu tu, tetiba ada hantu sergah kitorang dari belakang. Aku relax je. Relax je. Haha. Yang dorang ni dah tolak aku suruh aku jalan cepat sikit. Dah lah aku tak nampak -_- gelap dalam tu. Then entah macam mana dorang pergi langgar meja yang dijadikan dinding sampai runtuh ! Haha. Lampu dalam rumah hantu tu pun terpaksa lah bukak and bagi kitorang keluar sebab dorang nak susun balik. Terpaksalah tutup sekejap rumah hantu tu. Kesian~ haha. Tu je lah yang sempat aku masuk. Then kene jaga gerai balik sampailah ke petang. Huhu.

Tapi memang rugilah aku tak dapat join #JomGempakKosas yang kali ni. Memang happening kata orang. Tengok timeline twitter pun penuh pasal #JomGempakKosas je. Orang tu kata best orang ni kata best. Aku tumpang gembira je lah. Hanya mampu tersenyum. Huhu. Tu je lah kot aku nak cerita pasal #JomGempakKosas ni. Thanks sebab sudi luangkan masa untuk baca entry ni sampai habis :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tentang Izwan Izzat

Salam guys. Korang suka mintak intro kan ? Ha meh sini aku intro kan diri aku sendiri

Nama aku Nor Izwan Izzat bin Nor Zilan. Orang panggil aku Izwan. Aku lahir kat dunia tuhan ni bertarikh 10 August 1994. Yup umur aku sekarang 18. Aku duduk kat Ampang but study kat Kolej Yayasan Melaka dalam program Diploma in Tourism Management. Aku suka makan kuih caramel and favorite drink aku is Starbucks. Status aku single but my heart was taken :)

Aku ni manusia biasa je. Suka buat apa yang aku suka. Suka makan apa yang aku suka. And suka minum apa yang aku suka. Pendek kata aku suka apa yang aku suka. K. Aku ni jenis yang suka hormat orang. Kalau orang hormat aku, aku hormat dia balik. Tak kiralah dia lebih tua or muda dari aku. Life is simple. You'll get what you did. But kalau ada yang tak hormat aku macam mana aku hormat dia, memang binatang lah. Aku tak suka orang judge aku sedangkan dia belum kenal siapa aku. Sebelum judge someone, make sure kenal orang tu lebih dalam dulu. Jangan main judge je nanti sendiri makan kaki. And aku pun tak suka orang yang cakap belakang ni. Kalau tak puas hati, datang depan lah ! Pengecut lah lu. Get a life ! Aku kawan dengan semua orang asalkan dia boleh terima kelemahan and kekurangan aku. Tanak kawan dengan aku, sudah. Jangan anggap diri tu perfect sangat. Aku pun tak batak nak kawan dengan orang yang "perfect" ni. Aku tak pernah anggap diri aku ni lebih bagus dari orang lain sebab aku tahu ada orang lain yang lebih bagus dari aku. Bukan aku sorang je hidup dalam dunia ni. Kalau korang nak tahu, aku ni sebenarnya manja. Harap je anak sulung daripada 5 beradik tapi aku lah yang paling manja dengan mak and ayah aku. Hampeh punya abang ! Haha. Aku kuat merajuk, suka dipujuk tapi susah untuk memujuk. Aku tak reti pujuk orang ni. So janganlah merajuk dengan aku ek. Terseksa aku nak pujuk :p

About this blog, aku buat dengan tujuan saja-saja je. Share cerita pasal aku dengan orang lain. Aku memang jenis yang suka kongsi cerita. Tak kesahlah cerita pasal apa pun. Aku masih noob pasal blog ni. Maklumlah baru belajau buat kan. Ha kan terkeluar bahasa Melaka aku. Haha. Apa apa pun, just stay tune for my entries k ? Thanks sebab sudi luahkan masa baca and singgah blog ni :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.