Isnin ni final exam untuk my 1st sem. Tak lama pun. Isnin dengan selasa sebab ada 3 paper je. Lagipun ni short sem bukan long sem tu yang subject pun sikit. Lepas final terus cuti sem ! Yayyy ! :D but tak lama pun. 3 minggu je. Okay lettew kan :3
Actually aku ngah risau pasal final exam ni. Even though subject sikit je, but korang tak tahu 3 subject tu macam mana ! English, Principles of Management and Malaysian Studies. English tu maybe senang bagi korang but bagi aku yang dah lama gila tak speaking ni, dah jadi susah tau. Dulu masa sekolah selalu jugak speaking dengan Adrian. Budak kelas aku 2 tahun lepas. But then aku pindah sekolah kat Rawang. Kat sana tak ada kawan india or cina. Terus stop lah speaking aku tu. Hmm. Principles of Management pulak subject baru. Sebelum ni tak pernah belajar. Subject ni lebih mendalam daripada 2 subject asas yang korang belajar kat sekolah. Perdagangan and Ekonomi Asas. Tengok module yang lecturer bagi pun dah pening kepala. Baca pulak tak masuk apa. Haih susah betul ! Nasib baik soalan senang je. True or false, A B C and short essay. Yang paling risau short essay tu. Selalunya aku tinggal kosong je. Hehe. Malaysian Studies pulak means Sejarah. Ulang balik apa yang dah belajar kat sekolah. Mendalam lebih sikit je. Subject ni senang je just aku ni malas nak membaca. So jadi susahlah. Huhu.
3 tu je subject short sem aku. But nak kene target 2.75 pointer untuk 3 subject tu. Kalau 2 pointer ke bawah aku tak dapat pinjaman PTPTN. Nanti kene bayar sendiri. Aku tanak. Aku tak mampu :( dah lah course aku yang kedua termahal kat college. Haih. Mak pun suruh target 2.50 pointer kat atas. But I'll try my best. Tanak kecewakan mak and ayah. Aku sayang dorang tau ! Huhu. Ye lah parents siapa yang tanak tengok anak dia berjayakan. Semua parents nak anak dia berjaya. Macam tu jugak parents aku.
Hmm apa-apa pun, korang doakan yang terbaik buat aku lah ek. Wish me luck k ! Chaiyok
P/s: thanks again sebab sudi luahkan masa untuk membaca :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment