Friday, 6 July 2012

Avenged Sevenfold - Dear God



A lonely road, crossed another cold state line
Miles away from those I love
Purpose hard to find
While I recall all the words you spoke to me
Can't help but wish that I was there
Back where I'd love to be, oh yeah

Dear God the only thing I ask of you 
Is to hold her when I'm not around
When I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
But I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
'Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again, oh no
Once again

There's nothing here for me on this barren road
There's no one here while the city sleeps
And all the shops are closed
Can't help but think of the times I've had with you
Pictures and some memories will have to help me through, oh yeah

Dear God the only thing I ask of you is
To hold her when I'm not around, 
When I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
'Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again oh no
Once again

Some search, never finding a way
Before long, they waste away
I found you, something told me to stay
I gave in, to selfish ways
And how I miss someone to hold
When hope begins to fade... 

A lonely road, crossed another cold state line
Miles away from those I love 
Hope is hard to find

Dear God the only thing I ask of you is
To hold her when I'm not around, 
When I'm much too far away
We all need the person who can be true to you
I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
'Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again oh no
Once again

Report card

Salam :) hari ni aku pergi ambik report card adik aku. Bukan sorang je tapi dua orang. Nasib baik sekolah yang sama. Just sesi yang lain. Yang sorang tu sesi pagi and sorang lagi sesi petang. Dorang sekolah kat sekolah lama aku dulu that is SMK Taman Kosas. Aku nak ceritalah pengalaman aku pergi ambik report card dorang. Ye lah selama ni mak ayah aku je yang ambik untuk aku. Aku pun teringin jugak nak rasa duduk kat tempat mak ayah aku pergi jumpa cikgu ambik report card. Huhu.

Masa sesi pagi aku pergi ambikkan untuk adik aku yang bawah aku ni. Dia form 3. Sampai je kat kelas dia, ada 2 3 parents je yang ngah duduk tunggu giliran nak ambik. So tak adalah lama sangat aku nak tunggu kan. That time aku pergi sengsorang je. Nak cepat. Balik rumah boleh sambung tidur. Haha. Mana tak nya aku kene bangun pagi untuk pergi sekolah tu. Kul 9 dah pergi. Huhu. Masa ngah tunggu giliran tu, aku duduk diam main phone je. Layan twitter. Awkward gila ! Dah lah ada sekumpulan budak perempuan panggil aku tapi aku malas nak layan. Then ada jugak kumpulan yang tengok aku then gelak. Apa entah yang digelakkan. Lantaklah kesah apa aku. Aku layan twitter je sampailah tiba giliran aku. Entah kenapa aku nervous gila masa tu. Macam aku punya report card pulak. Haha. Bila dah duduk kat meja guru tu, guru kelas adik aku ni pun tunjuklah result exam pertengahan tahun adik aku. Hmm agak sedihlah tengok. Langsung tak ada A or B. B ada satu tapi subject sivik. Yang subject PMR langsung tak ada. Yang ada C, D and TH (tak hadir). Entah macam mana boleh TH sedangkan adik aku datang semua hari exam. Tanya guru kelas dia then guru kelas dia cakap cikgu tu salah key-in. Ha sedaplah sikit hati aku. Then dia punya kehadiran pun, ada sebulan lebih tak datang. Terkejut jugak aku ! Aku suruh cikgu tengok buku kedatangan. Dalam seminggu, ada 3 hari dia tak datang, ada yang sampai 4 hari. Bila tanya adik aku, rupanya dia ponteng. Tidur rumah kawan dia. Habiskan duit kat cc. Hmm teruk dah perangai dia. Susah nak control. Kata guru kelas dia nanti nak jumpa mak ayah aku. Okaylah biarlah dorang settle. Aku malas nak cakap banyak. Then aku mintak diri. Adik aku nak stay dengan entah apa tujuan. Tapi memandangkan result dia yang teruk, aku suruh balik. Dah sampai rumah tu aku sambung tidur. Zzzz~

Sesi petang pulak. Adik aku yang nombor 3. Dia ni form 2. Aku terlewat pergi sebabkan tidur tadilah. Haha. Janji nak datang kul 3 tapi datangnya 3:30pm. Hehe. Tapi elok jugak sebab sampai je aku kat kelas adik aku tu, tak ada parents langsung. Teruslah aku duduk and jumpa cikgu dia. Cikgu dia tunjuk result mid term adik aku tu. Sudahlah kelas dia atas sekali. Penat aku mendaki. Sampai atas pulak tengok result dia pun buat aku bertambah penat. Nak pengsan rasanya. Result dia lebih kurang dengan abang dia tadi. Semua C and D je. But kehadiran dia bagus tak macam abangnya tadi. Aku dah penat, aku ambik result dia terus mintak diri. Malas nak cakap banyak dengan cikgu dia. Aku balik rumah, sambung tidur lagi :p hehe

Mak and ayah aku balik je malam tu, memang kene tibai ah dorang dua. Aku malas nak masuk campur. Siapa suruh main-main pergi sekolah. Aku diam je buat hal aku. Lalala~

P/s: malas nak cakap cerita panjang lebar. Penat. Haha. Btw thanks ek sebab sudi luangkan masa untuk baca :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 3 July 2012

Cuti Semester

Salam guys. Cuti semester 1 akhirnya tiba :D yayy excited gila aku ! Haha. Maklumlah dah sebulan lebih tak balik rumah semata-mata nak study. Kalau aku balik rumah, memang conform lah tak study kan. Lagi-lagi ada internet kat rumah. Haa memang tak sentuh buku langsung lah ! Lagi pun ayah aku tak bagi balik sebab aku dah banyak kali balik. Kalau dulu setiap 2 minggu mesti aku balik. Tak tahan duduk hostel. Bukan tak tahan sebab apa just sebab tak tahu apa nak buat kat sana. Huhu. Aku tak balik tu, banyak juga lah benda aku boleh buat. Siapkan assignment, study sikit and spent time dengan housemates. Then bila dah dapat balik, akulah orang pertama dari asrama tu yang balik ! Haha. Sepatutnya kene clearkan bilik and bawak balik semua barang but aku degil. Tinggal je lah sikit. Banyak barang yang aku bawak. Meja makan, kerusi tikar lagi. Memang tak lah nak bawak balik semua tu kan. Biarlah dorang nak kata apa pun. Aku malas nak bawak je :p

Before start cuti sem, macam biasalah kan mestilah final exam. Aku ada 3 paper je masa sem 1 and 2 hari exam je. Isnin and Selasa. Yang lain sampai hari Khamis. So akulah yang kiranya habis awal. Masa first day exam tu, paper Principles of Management dengan English je. But yang buat aku tension, bila aku pergi college tak bawak slip exam, I/C dengan kad matric. Kelam kabut aku pinjam motor member nak balik hostel. Dah lah masa tu dah jam 0830. Paper start jam 0900. Nasib baik sempat. Cuai betul aku ni. Paper Principles of Management, alhamdulillah boleh jawab. Just jammed kat short essay tu -__- padahal lecturer dah bagi soalan bocor untuk short essay tu. Bukan aku tak baca. Aku dah baca tapi satu apa pun tak masuk dalam kepala. Bila tengok soalan terus blurr ! Nasib baik budak yang duduk depan aku tu baik hati bagi aku jawapan :p hehe. Tapi tak adalah semua. Dalam 5 soalan, aku mintak 3 je. Tak banyak pun kan ? Hehe. Yang classmates aku lagi tak boleh bla. Nama dia Aiman tapi orang panggil dia Bulat maybe sebab badan dia yang bulat tu. Dia bawak nota sekali masuk. Memang penuhlah jawapan short essay dia. Tak aci betul ! Dia nak meniru tak plan dengan aku. Huh hampeh punya budak. Aku tak duduk lama dalam dewan exam tu. Dalam sejam setengah je duduk dalam tu. Bosan sangat tak tahu nak buat apa, aku and the geng keluar awal. Nampak je sorang bangun, satu geng bangun. Haha. Paper tu actually 2 jam setengah but gila mana nak duduk sampai habis. Tak tahan aku keluar dulu. Lepas keluar tu, aku pinjam motor member balik hostel dulu ingat nak tidur sebab satu hari aku tak tidur just nak study. Next paper start jam 1430. Dah sampai tu pulak, hujan. Dalam kepala otak aku pikir nak tidur je. Tapi masa tu pulak lah Akim, housemate aku mintak temankan dia pergi bank -__- dia nak bukak account. Haih spoil mood betul ! Kawan punya pasal, tanpa merungut pergilah jugak teman dia. Sampai bank tu pulak orang ramai. Bertambah tension lah aku. Duduk situ lama jugak. Dari jam 1300 sampai 1430 jugak lah. Aku dah kelam kabut sebab paper dah nak start. Sampai college pulak si Akim ni mintak teman lagi pergi library dia nak print slip exam. Hmm ikut je lah. Dah duduk depan pc, dah masuk nombor I/C, dah masuk nombor matric then dia tekan ENTER. Sekali......... "Maaf dokumen anda tidak lengkap. Sila hantar dokumen tersebut di Jabatan Peperiksaan" dia dah kelam kabut. Sebab dia ada paper sekali dengan aku jugak. Tapi dia tak boleh ambik exam lah disebabkan slip dia tak lepas keluar. Pasrah lah dia. Duduk kat library tu. Aku naik dewan exam dulu. Masa tu dah jam 1500. Aku dah lambat 30 minit. Nasib baik boleh masuk lagi. Dah duduk kat meja aku, isi borang kedatangan semua, bukak kertas soalan...... Alhamdulillah soalan senang. Just 2 3 soalan yang aku hentam. Yang lain dapat jawab dengan jayanya. Aku lah orang yang masuk dewan paling lambat and yang paling awal jugak keluar. Setengah jam je duduk dalam dewan tu. Bukan sebab apa. Aku pikir nasib Akim je. Aku suruh dia tunggu kat library tadi. Aku masuk library, dia ngah baca buku. Kesian tengok dia. Aku ajak dia balik tapi masa tu kunci motor dah pulang balik kat tuannya. Aku pulak balik dengan member lain yang ada kereta. Nak ajak Akim sekali but kereta dah penuh. Terpaksalah dia tunggu member lain yang bawak motor untuk tumpangkan dia. Aku sampai hostel, terus je tidur. Dah penat sangat. Tidur dari jam 1600 sampai lah 0000.

Esoknya, paper last Malaysian Studies or Sejarah. Paling bosan subject tu. Aku tak baca apa pun. Jawab ikut logik akal je lah. Malas nak baca. Paper start jam 0900, aku habis jam 1000 and keluar dengan geng jam 1030. Sempatlah jugak aku tidur dalam tu. Soalan tak susah mana. Ada yang aku boleh jawab, ada yang tak boleh. Yang tak boleh tu aku tembak je lah. Keluar dewan tu, member lain pulak ajak pergi sarapan. Nasib baik dia ada kereta. Boleh jugak aku suruh dia tumpangkan balik hostel terus. Kami sarapan kat Subaidah dekat dengan hostel kami. Lepas sarapan tu, dia hantar kat hostel. Aku naik atas pack barang sebelum mak aku sampai. Dah siap pack tu, tetiba keluar pulak notis kata kene bawak keluar semua barang. Aku buat tak tahu je kat notis tu. Lantaklah aku tinggalkan barang sikit dalam bilik tu. Nanti datang ambik lah. Barang banyak sangat nak bawak balik semua pun. Sebelum balik, sempatlah jugak aku suruh mak bungkuskan KFC untuk aku makan dengan housemates sebelum aku balik. Kemain suka lagi dorang. Mana tak nya kan. KFC pulak. Orang belanja lagi. Huhu. Habis makan bawak turun barang masuk dalam kereta. Banyak jugak beg yang aku bawak. Suruhlah 2 3 orang housemates turun bawakkan barang aku sekali. Nasib dorang semua baik. Kalau tidak memang dah lama aku pang muka dorang. Dah lah dah belanja KFC ! Haha. K aku ikhlas :p dah sampai bawah, barang semua dah masuk dalam kereta, salam dorang semua and aku pun gerak balik dari Melaka ke Ampang. Tapi sebelum balik tu, ayah aku sempat lagi bawak pergi jalan round Melaka tu. Pergi lunch kat Dataran Pahlawan and yang paling best, ayah bawak pergi minum coconut shake kat Klebang. Famous katanya tempat tu. Klebang Original Coconut Shake. Tak tahulah kalau korang pernah pergi. But memang sedap ! Terbaeekkkk ! Tak mahal pun. RM2 je segelas. Banyak pulak. Memang puaslah. Lepas jejalan tu semua, baru gerak balik. Aku dah lah kenyang. Dengan KFC nya, coconut shake lagi. Dalam kereta tu aku tidur je. Dari Melaka sampailah ke Ampang. Dah sampai rumah baru mak kejut. Masuk dalam rumah, kemas barang semua, mandi siap siap terus on lappy and buat entry ni untuk share dengan korang semua :3 hehe

P/s: thanks again sebab sudi luahkan masa untuk membaca :)