Tuesday, 3 July 2012

Cuti Semester

Salam guys. Cuti semester 1 akhirnya tiba :D yayy excited gila aku ! Haha. Maklumlah dah sebulan lebih tak balik rumah semata-mata nak study. Kalau aku balik rumah, memang conform lah tak study kan. Lagi-lagi ada internet kat rumah. Haa memang tak sentuh buku langsung lah ! Lagi pun ayah aku tak bagi balik sebab aku dah banyak kali balik. Kalau dulu setiap 2 minggu mesti aku balik. Tak tahan duduk hostel. Bukan tak tahan sebab apa just sebab tak tahu apa nak buat kat sana. Huhu. Aku tak balik tu, banyak juga lah benda aku boleh buat. Siapkan assignment, study sikit and spent time dengan housemates. Then bila dah dapat balik, akulah orang pertama dari asrama tu yang balik ! Haha. Sepatutnya kene clearkan bilik and bawak balik semua barang but aku degil. Tinggal je lah sikit. Banyak barang yang aku bawak. Meja makan, kerusi tikar lagi. Memang tak lah nak bawak balik semua tu kan. Biarlah dorang nak kata apa pun. Aku malas nak bawak je :p

Before start cuti sem, macam biasalah kan mestilah final exam. Aku ada 3 paper je masa sem 1 and 2 hari exam je. Isnin and Selasa. Yang lain sampai hari Khamis. So akulah yang kiranya habis awal. Masa first day exam tu, paper Principles of Management dengan English je. But yang buat aku tension, bila aku pergi college tak bawak slip exam, I/C dengan kad matric. Kelam kabut aku pinjam motor member nak balik hostel. Dah lah masa tu dah jam 0830. Paper start jam 0900. Nasib baik sempat. Cuai betul aku ni. Paper Principles of Management, alhamdulillah boleh jawab. Just jammed kat short essay tu -__- padahal lecturer dah bagi soalan bocor untuk short essay tu. Bukan aku tak baca. Aku dah baca tapi satu apa pun tak masuk dalam kepala. Bila tengok soalan terus blurr ! Nasib baik budak yang duduk depan aku tu baik hati bagi aku jawapan :p hehe. Tapi tak adalah semua. Dalam 5 soalan, aku mintak 3 je. Tak banyak pun kan ? Hehe. Yang classmates aku lagi tak boleh bla. Nama dia Aiman tapi orang panggil dia Bulat maybe sebab badan dia yang bulat tu. Dia bawak nota sekali masuk. Memang penuhlah jawapan short essay dia. Tak aci betul ! Dia nak meniru tak plan dengan aku. Huh hampeh punya budak. Aku tak duduk lama dalam dewan exam tu. Dalam sejam setengah je duduk dalam tu. Bosan sangat tak tahu nak buat apa, aku and the geng keluar awal. Nampak je sorang bangun, satu geng bangun. Haha. Paper tu actually 2 jam setengah but gila mana nak duduk sampai habis. Tak tahan aku keluar dulu. Lepas keluar tu, aku pinjam motor member balik hostel dulu ingat nak tidur sebab satu hari aku tak tidur just nak study. Next paper start jam 1430. Dah sampai tu pulak, hujan. Dalam kepala otak aku pikir nak tidur je. Tapi masa tu pulak lah Akim, housemate aku mintak temankan dia pergi bank -__- dia nak bukak account. Haih spoil mood betul ! Kawan punya pasal, tanpa merungut pergilah jugak teman dia. Sampai bank tu pulak orang ramai. Bertambah tension lah aku. Duduk situ lama jugak. Dari jam 1300 sampai 1430 jugak lah. Aku dah kelam kabut sebab paper dah nak start. Sampai college pulak si Akim ni mintak teman lagi pergi library dia nak print slip exam. Hmm ikut je lah. Dah duduk depan pc, dah masuk nombor I/C, dah masuk nombor matric then dia tekan ENTER. Sekali......... "Maaf dokumen anda tidak lengkap. Sila hantar dokumen tersebut di Jabatan Peperiksaan" dia dah kelam kabut. Sebab dia ada paper sekali dengan aku jugak. Tapi dia tak boleh ambik exam lah disebabkan slip dia tak lepas keluar. Pasrah lah dia. Duduk kat library tu. Aku naik dewan exam dulu. Masa tu dah jam 1500. Aku dah lambat 30 minit. Nasib baik boleh masuk lagi. Dah duduk kat meja aku, isi borang kedatangan semua, bukak kertas soalan...... Alhamdulillah soalan senang. Just 2 3 soalan yang aku hentam. Yang lain dapat jawab dengan jayanya. Aku lah orang yang masuk dewan paling lambat and yang paling awal jugak keluar. Setengah jam je duduk dalam dewan tu. Bukan sebab apa. Aku pikir nasib Akim je. Aku suruh dia tunggu kat library tadi. Aku masuk library, dia ngah baca buku. Kesian tengok dia. Aku ajak dia balik tapi masa tu kunci motor dah pulang balik kat tuannya. Aku pulak balik dengan member lain yang ada kereta. Nak ajak Akim sekali but kereta dah penuh. Terpaksalah dia tunggu member lain yang bawak motor untuk tumpangkan dia. Aku sampai hostel, terus je tidur. Dah penat sangat. Tidur dari jam 1600 sampai lah 0000.

Esoknya, paper last Malaysian Studies or Sejarah. Paling bosan subject tu. Aku tak baca apa pun. Jawab ikut logik akal je lah. Malas nak baca. Paper start jam 0900, aku habis jam 1000 and keluar dengan geng jam 1030. Sempatlah jugak aku tidur dalam tu. Soalan tak susah mana. Ada yang aku boleh jawab, ada yang tak boleh. Yang tak boleh tu aku tembak je lah. Keluar dewan tu, member lain pulak ajak pergi sarapan. Nasib baik dia ada kereta. Boleh jugak aku suruh dia tumpangkan balik hostel terus. Kami sarapan kat Subaidah dekat dengan hostel kami. Lepas sarapan tu, dia hantar kat hostel. Aku naik atas pack barang sebelum mak aku sampai. Dah siap pack tu, tetiba keluar pulak notis kata kene bawak keluar semua barang. Aku buat tak tahu je kat notis tu. Lantaklah aku tinggalkan barang sikit dalam bilik tu. Nanti datang ambik lah. Barang banyak sangat nak bawak balik semua pun. Sebelum balik, sempatlah jugak aku suruh mak bungkuskan KFC untuk aku makan dengan housemates sebelum aku balik. Kemain suka lagi dorang. Mana tak nya kan. KFC pulak. Orang belanja lagi. Huhu. Habis makan bawak turun barang masuk dalam kereta. Banyak jugak beg yang aku bawak. Suruhlah 2 3 orang housemates turun bawakkan barang aku sekali. Nasib dorang semua baik. Kalau tidak memang dah lama aku pang muka dorang. Dah lah dah belanja KFC ! Haha. K aku ikhlas :p dah sampai bawah, barang semua dah masuk dalam kereta, salam dorang semua and aku pun gerak balik dari Melaka ke Ampang. Tapi sebelum balik tu, ayah aku sempat lagi bawak pergi jalan round Melaka tu. Pergi lunch kat Dataran Pahlawan and yang paling best, ayah bawak pergi minum coconut shake kat Klebang. Famous katanya tempat tu. Klebang Original Coconut Shake. Tak tahulah kalau korang pernah pergi. But memang sedap ! Terbaeekkkk ! Tak mahal pun. RM2 je segelas. Banyak pulak. Memang puaslah. Lepas jejalan tu semua, baru gerak balik. Aku dah lah kenyang. Dengan KFC nya, coconut shake lagi. Dalam kereta tu aku tidur je. Dari Melaka sampailah ke Ampang. Dah sampai rumah baru mak kejut. Masuk dalam rumah, kemas barang semua, mandi siap siap terus on lappy and buat entry ni untuk share dengan korang semua :3 hehe

P/s: thanks again sebab sudi luahkan masa untuk membaca :)

No comments: